Puji-Pujian

إن الحمد لله نحمده ونستعينه ونستغفره، ونعوذ بالله من شرور أنفسنا، ومن سيئآت أعمالنا، من يهده الله فلا مضل له، ومن يضلل فلا هادي له، وأشهد أن لا إله إلا الله وحده لا شريك له وأشهد أن محمداً عبده ورسوله، صلى الله عليه وعلى آله وصحبه ومن تبعهم بإحسان إلى يوم الدي

Monday, December 29, 2008

Sword of Deen [3]

Aku sebilah pedang
Masih ingatkah padaku?
Aku yang dahulu hanya ada aku

Aku yang kini tak sama lagi
Aku bertuan
Aku bersarung
Terhunus pada sang keji
Tersarung pada yang suci

Hari-hari berlalu
Tanpa sedar
Jutaan batu dikembara
Ribuan kampong dijelajah
Ratusan jiwa dikorban

Semua itu hanya kerna matlamat yang satu
Matlamat yang kupandang agung buat diriku
Dan buat sekelian yang maujud di dunia

Apakan daya
Betapa hebat pun binaan diriku
Betapa gagah pun tuanku
Betapa gah pun matlamat dan cita-citaku
Aku tetap al-makhluk

Aduhai
Sudah sampaikah ketentuan masa ku?
Mata pedang yang ku bangga-bangga dahulu tidak lagi tajam
Belah tak potong
Tikam tak tujah

Ah
Dimanakah sang pengasah?
Buat menajam kembali
Moga dapat ku terus disisi pahlawan
Agar dapat ku sambung hari-hari perjuangan
Supaya dapat ku nyata apa yang dimimpi

Wahai tuan
Wahai Tuhan
Manakah sang pengasah buat diriku?
Bila kan kutemu?
Tahun hadapankah…?

Atau tiada?

Sunday, December 14, 2008

Nostalgia - Soutul Amal

Terkenang sebuah memori lalu
KIsah persahabatan kita bersama
Di dalam satu pengajian
Menuntut ilmu dan pengalaman

Mengingatkanku pengorbananmu
Terpahat padu di kalbuku (2x)

Bersama rakan, taulan dan guru
Tawa riangmu menghiburkan hatiku
Indahnya suasana ketika itu
Terjalin ukhuwah sejati

Nasihatmu sungguh bermakna bagiku
Mengenalkanku erti kehidupan
Susah payah kita hadapi bersama
Itulah asam garam dalam kehidupan

Ya Tuhanku
Tabahkanlah hatinya
Kuatkan semangatnya utk menghadapi hidup
Limpahkanlah maghfirah dan kasih sayangmu
Agar hidupnya sejahtera didunia dan akhirat...

Sword of Deen [2]

Aku sebilah pedang

Namun tak bertuan, tak bermusuh

Tak kira tak peduli

Meluka membiar sekehendakku


Aku mencari-cari

Siapakah sang pahlawan buat diriku

Di mana kan kutemui?


Aku pernah bersama dengan beberapa pahlawan pedang

Ada yang hanya menyimpan aku di dalam sarung

Lalu aku bertanya

Adakah aku sebilah pedang yang diguna untuk mencantas musuh?

Atau aku sebatang besi buruk yang disimpan untuk direcycle?


Ada pula sang pahlawan

Yang suka mempamerkan kecantikan aku pada mata umum

Lalu aku bertanya

Adakah aku sebilah pedang yang diguna untuk mencantas musuh?

Atau aku sekeping emas yang kau guna untuk berhias?


Marilah sang pahlawanku

Hunuslah aku

Cantas jiwa-jiwa yang degil

Tundukkan hati-hati yang lalai

Bersatu bersama sang pahlawan yang lain di medan juang


Wahai sang pahlawan

Simpanlah aku di waktu tenang

Tahanlah aku dari melukakan jiwa-jiwa yang bersih

Jaga aku supaya dapat terus terhunus

Sehingga matlamat agungmu tercapai


Kini

Aku berbangga dengan pahlawanku

Bermatlamat besar dan bercita-cita agung

Menghunus aku menghapuskan yang durjana

Menyimpan aku kerna bencikan permusuhan

Sword of Deen [1]

Dahulu

Aku hanyalah logam mentah yang tak cantik dan tak menarik

Hidup terasing

Di bawah dunia yang gelap

Bersama bumi yang kaku dan kotor

Selalu aku bertanya pada diri

Sampai selamanyakah aku begini?


Takdir yang tersurat

Memisahkan aku dari kehidupan yang silam

Digali dan diasing dari kotoran-kotoran bumi

Dicuci dari karat-karat yang teroksida

Ditempa dengan api yang hangat dan kadang-kala terlalu hangat

Dan air yang sejuk dan kadang-kala terlalu sejuk


Berhari, berminggu, berbulan, bertahun

Ah.. aku tak mampu menghitung masa lagi

Aku akui aku sangat keras dan liat

Sangat sukar untuk dibentuk

Kadang-kala dapat dibentuk

Tapi sang angin cepat saja mencemarkan permukaan tubuhku

Terpaksa si penempa menghakis karat-karat itu

Dan terus menempa

Ding.. ding.. ding...


Aduhai…

Tersentuh sekali aku dengan sang penempa

Tak pernah sekali bersungut

Tetap tekun menempa

Saat berganti minit, minit berganti jam, jam berganti hari, hari berganti bulan, bulan berganti tahun

Akhirnya aku menjadi sebilah pedang...

Saturday, May 24, 2008

Usrah Yang Lazat, Lemak Berkrim

Sekali imbas ke title post Fakhruddin Afif bin Fauzi (FAF) yang bertajuk 'Usrah yang lazat, lemak berkrim', ana sangkakan ada kena-mengena dengan usrah baru-baru ini yang dimulai dengan agenda makan-makan di 'Swinging Bowl'. Tapi ternyata sekali sangkaan ana itu meleset.

Seronok baca jawapan-jawapan yang ditulis. Tetapi keseronokan tu tak bertahan lama. Pada akhir penulisan, hati tetiba rasa tak best bila sampai ke ayat 'Dengan ini ana mengetag:'. Perasaan ana ketika itu, dapat dilihat pada komen ana dalam blog FAF.

Dengan bismillah, ana memulakan penjawapan ini. Moga ramai yang boleh mengambil iktibar..

Ditag oleh: Fakhruddin Afif bin Fauzi

[1*] Berapa lama anda dah sertai usrah?
Usrah didefinasikan sebagai 'keluarga'. Sekiranya soalan ini bermaksud keluarga yang terikat atas dasar darah-daging, maka dari semenjak lahir lagi ana dah sertai.

Jika usrah ini bermaksud beberapa individu yang berkumpul secara berkala, berbincang perkara-perkara agama, dengan tujuan mengharapkan ampunan dan redha Allah atau hanya semata-mata wajib untuk pelajar form 1 ke form 4, maka ana dah mula sertai sejak mula bersekolah di SMS Kota Tinggi (SAKTI).

Jika usrah ini direflectkan pada individu-individu yang bersama, tak semestinya berkala, tapi sering, dan hati-hatinya terikat dengan ikatan akidah dan diperkuatkan dan diperindahkan lagi dengan tautan ukhwah, masing-masing dengan mengharapkan ampunan Allah dan perbaikan umat, maka ana mula mengenali dan menyertai sejak tahun pertama di Adelaide ni.

[2*] Bagaimana anda boleh sertai usrah?
Kes ana mudah je. Ana mengharapkan, dan ada orang mengajak. Kemudian sertai la, without any fuss.

[3*] Kenapa anda menyertai usrah?
Ia bermula dengan harapan mengenali lebih mendalam tentang agama. Kemudian bercambah kepada harapan redha dan cinta Allah. Perlahan-lahan diri ini mula belajar dan sedar bahawa tak mungkin ada kejayaan, tak mungkin ada pengharapan, dan tak mungkin tercapai syurga tanpa ada kehendak Allah. Maka, perasaan ini semakin-makin lagi mengharapkan sesuatu yang boleh menjadi sebab Allah menyayangi.
Ana kemudian belajar tentang betapa besarnya tanggungjawab dari Allah, dan betapa tingginya expectation Dia terhadap ana. Dia telah menurunkan Islam yang syumul dan bersih, dan menginginkan Islam yang didukung oleh ana juga syumul dan bersih. Kemudian Dia juga mahu Islam ini tidak ana miliki sorang-sorang, tapi kongsikanlah pada yang lain, seluruh alam. Ana berdoa dan merayu pada Dia supaya menunjukkan dan menetapkan ana pada jalan yang paling Dia redhai bila ana berada di situ. Dan kini, ana di sini..

[4*] Tiga perasaan anda setelah menyertai usrah
Perasaan ana sepanjang di dalam usrah selalu ada berbolak-balik (yelah, nama pon manusia). Hmm.. 3 yang paling obvious ialah yang berikut (kot):
  1. Seronok - dek pelajaran yang baru, ukhwah, dan perspektif yang baru
  2. Tertekan - bila ada masalah dengan pembahagian masa, dengan anak usrah, mahupun bapak usrah, dan kerja yang bertambah-tambah
  3. Syukur - kerana ana masih di sini
[5*] Lima perkara yang anda dapat selama menyertai usrah
  1. Ana belajar tentang kepentingan ukhwah. Dulu ana rasa 'kenapa perlu ada ukhwah? kan cukup dengan akidah yakin pada Allah?'. Bacalah hadith-hadith nabi, betapa ukhwah dengan saudara seislam itu sungguh-sungguh penting.
  2. Islam yang syumul itu bukan mustahil. Jika semata-mata melihat keadaan dunia, pasti akan rasa tak mungkin Islam boleh ke mana-mana. Berada dalam usrah, ana belajar tentang sirah, betapa Islam pernah menguasai sebahagian besar dari permukaan bumi ini. Mendalami Islam, perlahan-lahan ana belajar betapa praktikalnya Islam tak kira bila, di mana dan siapa.
  3. Islam bukan semata-mata agama seperti Kristian dan Yahudi. Bukan semata-mata tentang solat, puasa, dan buat baik pada manusia. Tapi dalam setiap inci kehidupan manusia mesti seorang muslim itu applikasikan.
  4. Tak mustahil bila seseorang itu ialah seorang imam yang selalu ke masjid, seorang pemain bola yang hebat, seorang pelajar yang dapat 'golden key', seorang yang pandai bercakap tentang agama, seorang yang mahir isu semasa, seorang yang hebat dalam mengurus, seorang pekerja yang menepati masa, dan seorang kawan yang baik.
  5. Ana memerlukan sahabat-sahabatku, namun sahabat-sahabat ana tak pernah perlukan ana.
Peraturan Tag:
  1. Setiap blogger mesti letakkan peraturan ini di hujung entri
  2. Blogger yang ditag perlu menjawab soalan-soalan yang dikemukakan
  3. Blogger yang ditag perlu meletakkan jawapan di dalam entri blog masing-masing
  4. Jangan lupa untuk tag rakan-rakan blogger yang lain
  5. Jangan lupa untuk maklumkan bahawa mereka telah ditag dan perlu membaca blog anda
  6. Blogger yang ditag dikehendaki untuk tag lima orang blogger yang lain
Dengan ini, ana mengetag:
  1. Rozanizam Zakaria - Fussilat
  2. Mohd Aznan bin Abdul Latif- Golden 3744
  3. Muhammad Faisal bin Kamarul Zaman - Catatan Seorang Pengemis
  4. Mohd Omar Mohd Mokhtar - Dagreatest_dignity
  5. Belia Cergas Auckland
Allahu a'lam

Monday, May 5, 2008

Rintihan [2]

















Selalu
Terlupa akan besarnya beban kehidupan

Hidup kini bukan hanya menunggu suap dan hidang ibunda
Bukan lagi merengek mengharapkan alat permainan baru
Bukan hanya datang dan pergi sekolah

Hidup kini
Lebih kompleks
Lebih menekan
Lebih mencabar
Mestilah, nama pun dewasa

Impian
Selalunya ingin gah
Harapan selalu ingin menggunung
Angan-angan selalu ingin yang sempurna



Tiada salah punya ingin
Tetapi silap dengan sekadar memukul angin

Bila inginkan yang 'di sana'
Maka usaha itu perlu
Bila inginkan 'di sini'
Yang sama juga perlu

Segalanya perlu setimpal
Layakkah mengharapkan yang besar, bila modalnya hanya sedikit?
Layakkah mengharapkan yang elok, sedang cagarannya buruk?


Tiada ketidakadilan dalam kehidupan
Cuma manusia yang tidak sedar bahawa dirinya dihiasi dengan kezaliman sendiri
Tak mungkin tiada keadilan
Kerana yang menjaga keadilan ialah Yang Maha Adil
Cuma kadang-kadang ia dibayangi dengan berlalunya masa
Buat baik, maka baiklah dapatnya
Buat buruk, maka buruklah dapatnya

Allahu a'lam..
Sedangkan aku insan yang tak tahu apa..

Tuesday, April 29, 2008

Sunnah orang berjuang

Sudah sunnah orang berjuang
Mengembara dan berkelana
Miskin dan papa jadi tradisi
Berenggang dengan anak dan isteri

Biasanya para pejuang
Rumah mereka merata-rata
Rezekinya tidak menentu
Tidur baringnya tak berwaktu

Orang lain membuat harta
Tapi dia membuangnya
Orang lain kawan terbatas
Tapi pejuang kawan merata
Orang lain musuhnya kurang
Pejuang musuh tidak terbilang

Tidak kurang yang sayang padanya
Orang lain mati dilupa
Para pejuang tetap dikenang
Sejarahnya ditulis orang
Makamnya sentiasa diziarahi
Walau perjuangan tak berjaya

Thursday, April 24, 2008

Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan? [1]

Seketika merenung dan menginsafi kehebatan Pencipta dan kelemahan yang dicipta.. surah al-Rahman adalah salah-satu surah yang cantik untuk dihayati.. menempelak diri manusia yang selalu kufur dan tidak bersyukur..

Yang Maha Pengasih.
Yang telah mengajarkan alquran.


Dia menciptakan manusia. Mengajarnya pandai berbicara.




Matahari dan bulan beredar menurut perhitungan.
Dan tetumbuhan dan pepohonan, keduanya tunduk (kepadaNya).
Dan langit telah ditinggikanNya dan Dia ciptakan keseimbangan itu.















Dan bumi telah dibentangkanNya untuk makhlukNya.
Di dalamnya ada buah-buahan dan pohon kurma yang mempunyai kelopak mayang. Dan biji-bijian yang berkulit dan bunga-bunga yang harum baunya.


Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan!!?


[Al-Rahman (55): 1 - 13]

Friday, April 18, 2008

...

penat..
sangat penat

Oo Allah
kuatkanlah hati yang selalu lemah ini
tetapkanlah ia kepada meredhai dan diredhaiMu

Ya muqallibal qulub
Tsabbit qulubana 'ala dinik
Wa'ala tho'atik

Rasulullah s.a.w.: "Wahai Bilal, rehatkan kami dengan bersolat" (H.R. Ahmad)

Saturday, April 5, 2008

Rintihan [1]

Oo Allah..

Entah dengan cara apa
Entah dengan kata apa

Diri ini mengharap redha dan ampunanMu
atas jahilnya diri
atas lemahnya peribadi
atas hati yang mungkir
atas jiwa yang degil

Betapa masa laluku sering kulupakan bahagianMu
Sedangkan Kau tak pernah melupakan bahagianku walau secebis, mahupun sedetik

Ku lalaikan kehendakMu, tapi tak pernah sekali Kau lalaikan keinginanku
Kau sabar atas kerenahku, tapi jarang sekali aku sabar atas ujianMu
Ku sering merungut atas kekurangan nikmatMu, tapi tak pernah sekali Kau rungut kekurangan syukurKu

Sedangkan
Aku memerlukan Mu sepenuhnya
Dan tak sekelumit pun Kau memerlukan aku

Oo Allah..
Ku harapkan sentuhan hidayahMu, senyuman redhaMu..

Wednesday, March 26, 2008

Ghuraba'

A very good lecture from Shaykh Ibrahim Dremali. Mari menonton sebentar, beriman sejenak...



Hadith 40 Arabic text

Translation (English):

On the authority of Ibn 'Umar, radiyallahu 'anhuma, who said: The Messenger of Allah, sallallahu 'alayhi wasallam, took me by the shoulder and said: "Be in this world as though you were a stranger or a traveler/wayfarer." Ibn 'Umar used to say: "When evening comes, do not expect (to live till) morning, and when morning comes, do not expect (to live till) evening. Take from your health (a preparation) for your illness, and from your life for your death." (alBukhari)


Terjemahannya (Melayu):
Dari Ibn 'Umar r.a. katanya: Rasulullah s.a.w memegang bahuku lalu ia bersabda: 'Hendaklah engkau berada dalam dunia seolah-olahnya engkau orang berdagang, atau orang yang sedang melalui di jalan (pengembara)'. Dan adalah Ibn 'Umar r.a. berkata: 'Jika engkau berada di waktu petang, maka janganlah engkau menunggu pagi; dan apabila engkau berada di waktu pagi, maka janganlah engkau menunggu petang. Dan gunakanlah dari sihat engkau bagi masa sakit engkau dan dari hidup engkau dari masa mati engkau' - Diriwayatkan oleh al-Bukhari.

Source: Hadith 40 - terjemahan dan syarahannya oleh Mustafa Abdul Rahman
Lecture - http://video.google.com/videoplay?docid=1305086281433503382&hl=en by Shaykh Ibrahim Dremali

Nasyid Old School - Ghurabaa



Ghurabaa’ wa li ghairillaahi laa nahnil jibaa
Ghurabaa’ do not bow the foreheads to anyone besides Allah

Ghurabaa' war tadhainaa haa shi’aaran lil hayaa
Ghurabaa’ have chosen this to be the motto of life

Ghurabaa’ wa li ghairillaahi laa nahnil jibaa
Ghurabaa’ do not bow the foreheads to anyone besides Allah

Ghurabaa’ war tadhainaa haa shi’aaran lil hayaa
Ghurabaa’ have chosen this to be the motto of life

Inta sal ‘anna fa inna laa nubaali bit-tughaat
If you ask about us, then we do not care about the tyrants

Nahnu jundullaahi dawman darbunaa darbul-ubaa
We are the regular soldiers of Allah, our path is a reserved path

Inta sal ‘anna fa inna laa nubaali bit-tughaa
If you ask about us, then we do not care about the tyrants

Nahnu jundullaahi dawman darbunaa darbul-ubaa
We are the regular soldiers of Allah, our path is a reserved path

Lan nubaali bil quyuud, bal sanamdhii lil khulood
We never care about the chains, rather we’ll continue forever

Lan nubaali bil quyuud, bal sanamdhii lil khulood
We never care about the chains, rather we’ll continue forever

Fal nujaahid wa nunaadhil wa nuqaatil min jadeed
So let us make Jihad, and battle, and fight from the start

Ghurabaa’ hakazhal ahraaru fii dunya-al ‘abeed
Ghurabaa’ this is how they are free in the enslaved world

Fal nujaahid wa nunaadhil wa nuqaatil min jadeed
So let us make Jihad, and battle, and fight from the start

Ghurabaa’ hakazhal ahraaru fii dunya-al ‘abeed
Ghurabaa’ this is how they are free in the enslaved world

Kam tazhaakkarnaa zamaanan yawma kunna su’adaa`
How many times when we remembered a time when we were happy

Bi kitaabillaahi natloohu sabaahan wa masaa`
In the book of Allah, we recite in the morning and the evening

Kam tazhaakkarnaa zamaanan yawma kunna su’adaa`
How many times when we remembered a time when we were happy

Bi kitaabillaahi natloohu sabaahan wa masaa`
In the book of Allah, we recite in the morning and the evening

Wednesday, March 19, 2008

Hakikat pada... benang?



Tengok benang-benang kat atas. Mari duduk sejenak, kerna aku mahu ajak merenung dan melihat kehidupan kita melalui benang ini. Eh.. aku tak merepek. Duduk je sebentar, dan dengarkan.. err.. bacakanlah.

Sekarang, kita tarik benang tu panjang-panjang. sepanjang yang boleh, menjadi garisan lurus. Tengok benang tu.. ape yang kamu nampak? Nampak benang la kan? Obviously kalau sekadar melihat dengan pandangan kosong.

Sekarang renung benang tu elok-elok, bayangkan benang tu seperti timeline kehidupan. Bukan sekadar kehidupan kita; bukan pula sekadar kehidupan makhluk manusia; bukan pula sekadar waktu alam ni terwujud; bahkan seluruh masa yang pernah ada. Sebelum manusia wujud lagi, telah ada pun alam ini, dan telah ada pun masa sebelum tu.

Sekarang ambil marker pen, dan calit satu titik pada benang tu. Umpamakan titik tu sebagai umur dunia ni. Semenjak dunia ni mula dicipta sampai tamatnya dunia ni.

Menggunakan kanta pembesar, fokus pada calit pen tu sampai calit pen tu memenuhi hampir sepenuh ruang pada kanta tu. Atas kanta tu, calit lagi marker pen. Umpamakan calit tu sebagai keseluruhan kehidupan manusia bermula Adam sampai la pupusnya manusia.

Sekarang ambil microscope pulak. Menggunakan segala kemahiran yang dipelajari dalam lab kimia semasa sekolah menengah, atau sekiranya anda student Chemical Engineering, Bioteknologi, medicine, atau seumpamanya, gunakan apa yg anda tau untuk memfokus calitan kat kanta tadi. Kalau anda berani, calit lagi sekali dengan dengan satu calit (kalau x, just imagine). Dan andaikan calit itu sebagai seluruh kehidupan anda di dunia.

Ok, siap eksperimen kita. So, sekarang kita nak buat analisis pulak pada eksperimen ni.

Antara analisis yang boleh dibuat ialah:
1. Beza antara calitan yang terakhir dengan sepanjang-panjang benang yang dibentang tadi sangat besar. Ratio calitan terakhir dengan panjang benang ialah approaching infinity! (or undefined ikut mazhab math mana yang korang ikut). Bertambah extreme lagi bila consider magnification kanta dengan mikroskop yang digunakan tadi.
Secara mudah, calitan terakhir menggambarkan kehidupan kita berbanding keseluruhan benang yang merangkumi semua kehidupan (alam roh, alam dunia, alam akhirat). Sangat jelas bahawa kehidupan dunia ni, yang ramai manusia rasa panjang sebenarnya sangatlah pendek!

2. Jika dihadirkan seluruh panjang benang ke dalam skop penglihatan mata, calitan terakhir yang terkecil tadi akan hilang! Tak nampak! Dalam kebanyakan kes fizik, atau kimia, ia di kelaskan sebagai 'negligible' atau in sensitive case dikelas sebagai menghampiri kosong.
Sedar tak, kehidupan seorang manusia di dunia itu berbanding dengan seluruh kehidupan yang ada, hampir saja dikatakan sebagai 'tiada'. Sesungguhnya kehidupan manusia itu panjang. Tapi portion yang didunia ini sangat sedikit.

3. Meskipun calitan kecil tadi sangat kecil, tapi calitan yang kecil itu tetap sebahagian daripada benang panjang tu. Tanpa bahagian-bahagian kecil dalam benang itu bersatu, tak mungkin benang yang panjang dapat terbentuk.
Kehidupan yang panjang ini terbentuk oleh individu-individu yang berkesinambungan. Meskipun seorang manusia itu lemah, namun seorang manusia itu tetap mempunyai kesan terhadap sepanjang sejarah manusia. Maka, usaha seorang manusia itu tak sepatutnya dipandang remeh. Kebaikan seorang manusia boleh memberi kebaikan kepada generasi seterusnya, dan begitu juga sebaliknya.

Secara kesimpulannya, hidden mesej yang boleh didapati didalam benang tadi adalah:
1. Kehidupan kita di dunia ni sangatlah pendek

'Allah berfirman: "Kamu tidak tinggal (di bumi) melainkan sebentar saja, kalau kamu sesungguhnya mengetahui"' (23:114)

'Pada hari mereka melihat hari berbangkit itu, mereka merasa seakan-akan tidak tinggal (di dunia) melainkan (sebentar saja) di waktu sore atau pagi hari' (79:46)

2. Sekiranya manusia sedar akan hakikat kehidupan ini, pasti manusia akan meninggalkan kepentingan dunia, dan mengejar kepentingan akhirat.

'Sedangkan kehidupan akhirat adalah lebih baik dan lebih kekal' (87:17)

3. Jangan pandang rendah pada kemampuan manusia. Meskipun secara azalinya lemah, tapi manusia telah secara rasminya dilantik sebagai pentadbir alam dunia. Setiap individu manusia mempunyai nilai di dunia ini. Keburukan seorang individu menambah burukkan dunia ini, dan kebaikan seorang individu itu menambah baikkan dunia ini. Untuk memakmurkan bumi Allah ini, maka setiap diri individu perlu dibangunkan, disedarkan, dan bekerja.

'Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para Malaikat: "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi..." (2:30)

Allahu a'lam..

Monday, March 17, 2008

Sibghatallah 2:138 (S2138)

صِبْغَةَ اللّهِ وَمَنْ أَحْسَنُ مِنَ اللّهِ صِبْغَةً وَنَحْنُ لَهُ عَابِدونَ

"Sibghatallah. Dan siapakah yang lebih baik sibghahnya daripada Allah. Dan hanya kepadaNya kami menyembah."
(2:138)

صِبْغَةَ Dari segi bahasa bererti 'celupan'. Daripada Abu Dahhak, Ibn Abbas mengatakan bahawa yang dimaksudkan oleh ayat ini ialah agama Allah (Islam).

Kalau nak dihuraikan lebih lanjut lagi, insan itu diwarnai dan dihiasi dengan deen Allah (Islam), hingga segala-galanya pada diri dia tercermin sifat islam.
Hasil sibghatallah (celupan Allah) tak sama dengan celupan-celupan lain, bukannya sebarangan. Emas celup, meskipun nampak seperti emas betul diluar, namun nilainya tetap berbeza dari emas yang ori. Rumah pun, kalau dicat, pasti nampak cantik pada orang yang memandang. Tapi bila lapis cat terkupas, atau ada kesan tapak kasut dek budak-budak ngaruk, cacat terus serinya. Sememangnya itu tak peliklah, sebab itu penciptaan makhluk.

Nak di'compare'kan dengan hasil Allah (Yang Maha Pencipta), obviously bagai langit dengan bumi.Kesan celupan Allah melengkapi segala ruang luar dan dalam; zahir mahupun batin; iqtikad mahupun amal. Sesuai dengan seruanNya..

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ ادْخُلُواْ فِي السِّلْمِ كَآفَّةً وَلاَ تَتَّبِعُواْ خُطُوَاتِ الشَّيْطَانِ إِنَّهُ لَكُمْ عَدُوٌّ مُّبِينٌ


"Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam keseluruhan, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu." (2:208)

Hasil sibghatullah ialah insan yang terbaik. Insan yang lengkap dengan segala kriteria seorang muslim dan mukmin sebagaimana yang disebut dalam kalamNya.. Hatinya bersih, sentiasa ingat pada Allah; fikrahnya jelas, tahu arah tujuan hidupnya; amalnya disempurnakan dan diperbaiki.

Bukannya mudah untuk tergolong dikalangan insan ini. Usaha yang berterusan, mujahadah dan hati yang kental semestinya perlu.

Aku memilih S2138, semata-mata peringatan buat diri yang mudah lupa tentang matlamat diri; mengharapkan singkatan ini takkan luput di mana-mana diri berada; tak kira semasa bermain, berhalaqah, ber’ym’, mahupun berblogging. Tidaklah ianya lebih istimewa atau ada kelebihan berbanding ayat-ayat lain dalam kalam yang sama. Cuma seperti yang kukata ianya matlamat diri..

Mengapa di’invisible’kan?
Pada asalnya, S2138 berfungsi sebagai suatu yang bersifat persendirian, untuk kepentingan sendiri; sebagai salah-satu wadah pembentukan diri, laman muhasabah diri, medan mengisi leisure time. Tak ramai yang tahu dan (barangkali) mahu jenguk laman ni. Tambahan penulis bukan seorang yang mahir dalam menyusun kata, mengolah idea, malah mencari masa.

Kini dipromosikan?
S2138 kini dipertontonkan dan di’expose’ kepada umum, bukan atas tujuan promosi, malah sekadar suatu perkongsian.. (in leisure talk we say.. ‘nak baca, bacalah.. tak nak, sudah..’). S2138 mungkin tak sekritis Fussilat, atau seglobal MTB (blog ihsan), atau sepuitis Laxamana Tun Teja, mahupun se’happening’ Musafirmsfz dan Lasiaf87. Penulis hanya mengharapkan usaha yang kecil ini dapat dimanfaati bersama, dan moga diiktiraf sebagai salah-satu amal diri didunia.
Sebagaimana ayat ke 138 dalam surah ke 2 kalam Allah ini yang disebarkan kepada semua umat manusia, mengapa pula patut penulis mendiamkan S2138 pada diri penulis sahaja?

Dulu di imeem, knape skrg di blogspot?
Dulu di imeem, sebab mula rasa semangat sikit nak tulis blog bila buat akaun di imeem. Tapi la ni, ada orang suggest pindah ke blogspot sebab di imeem tak semua orang boleh komen. Dengan berpindahnya ke blogspot ni, harap menambah ruang perbaikan diri sendiri, moga ada orang boleh betulkan salah-silap penulis dalam menulis, tak kiralah ejaan, pendapat, hujah, mahupun info.

** Di edit dari blog lama http://sibghatallah.imeem.com/