Puji-Pujian

إن الحمد لله نحمده ونستعينه ونستغفره، ونعوذ بالله من شرور أنفسنا، ومن سيئآت أعمالنا، من يهده الله فلا مضل له، ومن يضلل فلا هادي له، وأشهد أن لا إله إلا الله وحده لا شريك له وأشهد أن محمداً عبده ورسوله، صلى الله عليه وعلى آله وصحبه ومن تبعهم بإحسان إلى يوم الدي

Saturday, May 24, 2008

Usrah Yang Lazat, Lemak Berkrim

Sekali imbas ke title post Fakhruddin Afif bin Fauzi (FAF) yang bertajuk 'Usrah yang lazat, lemak berkrim', ana sangkakan ada kena-mengena dengan usrah baru-baru ini yang dimulai dengan agenda makan-makan di 'Swinging Bowl'. Tapi ternyata sekali sangkaan ana itu meleset.

Seronok baca jawapan-jawapan yang ditulis. Tetapi keseronokan tu tak bertahan lama. Pada akhir penulisan, hati tetiba rasa tak best bila sampai ke ayat 'Dengan ini ana mengetag:'. Perasaan ana ketika itu, dapat dilihat pada komen ana dalam blog FAF.

Dengan bismillah, ana memulakan penjawapan ini. Moga ramai yang boleh mengambil iktibar..

Ditag oleh: Fakhruddin Afif bin Fauzi

[1*] Berapa lama anda dah sertai usrah?
Usrah didefinasikan sebagai 'keluarga'. Sekiranya soalan ini bermaksud keluarga yang terikat atas dasar darah-daging, maka dari semenjak lahir lagi ana dah sertai.

Jika usrah ini bermaksud beberapa individu yang berkumpul secara berkala, berbincang perkara-perkara agama, dengan tujuan mengharapkan ampunan dan redha Allah atau hanya semata-mata wajib untuk pelajar form 1 ke form 4, maka ana dah mula sertai sejak mula bersekolah di SMS Kota Tinggi (SAKTI).

Jika usrah ini direflectkan pada individu-individu yang bersama, tak semestinya berkala, tapi sering, dan hati-hatinya terikat dengan ikatan akidah dan diperkuatkan dan diperindahkan lagi dengan tautan ukhwah, masing-masing dengan mengharapkan ampunan Allah dan perbaikan umat, maka ana mula mengenali dan menyertai sejak tahun pertama di Adelaide ni.

[2*] Bagaimana anda boleh sertai usrah?
Kes ana mudah je. Ana mengharapkan, dan ada orang mengajak. Kemudian sertai la, without any fuss.

[3*] Kenapa anda menyertai usrah?
Ia bermula dengan harapan mengenali lebih mendalam tentang agama. Kemudian bercambah kepada harapan redha dan cinta Allah. Perlahan-lahan diri ini mula belajar dan sedar bahawa tak mungkin ada kejayaan, tak mungkin ada pengharapan, dan tak mungkin tercapai syurga tanpa ada kehendak Allah. Maka, perasaan ini semakin-makin lagi mengharapkan sesuatu yang boleh menjadi sebab Allah menyayangi.
Ana kemudian belajar tentang betapa besarnya tanggungjawab dari Allah, dan betapa tingginya expectation Dia terhadap ana. Dia telah menurunkan Islam yang syumul dan bersih, dan menginginkan Islam yang didukung oleh ana juga syumul dan bersih. Kemudian Dia juga mahu Islam ini tidak ana miliki sorang-sorang, tapi kongsikanlah pada yang lain, seluruh alam. Ana berdoa dan merayu pada Dia supaya menunjukkan dan menetapkan ana pada jalan yang paling Dia redhai bila ana berada di situ. Dan kini, ana di sini..

[4*] Tiga perasaan anda setelah menyertai usrah
Perasaan ana sepanjang di dalam usrah selalu ada berbolak-balik (yelah, nama pon manusia). Hmm.. 3 yang paling obvious ialah yang berikut (kot):
  1. Seronok - dek pelajaran yang baru, ukhwah, dan perspektif yang baru
  2. Tertekan - bila ada masalah dengan pembahagian masa, dengan anak usrah, mahupun bapak usrah, dan kerja yang bertambah-tambah
  3. Syukur - kerana ana masih di sini
[5*] Lima perkara yang anda dapat selama menyertai usrah
  1. Ana belajar tentang kepentingan ukhwah. Dulu ana rasa 'kenapa perlu ada ukhwah? kan cukup dengan akidah yakin pada Allah?'. Bacalah hadith-hadith nabi, betapa ukhwah dengan saudara seislam itu sungguh-sungguh penting.
  2. Islam yang syumul itu bukan mustahil. Jika semata-mata melihat keadaan dunia, pasti akan rasa tak mungkin Islam boleh ke mana-mana. Berada dalam usrah, ana belajar tentang sirah, betapa Islam pernah menguasai sebahagian besar dari permukaan bumi ini. Mendalami Islam, perlahan-lahan ana belajar betapa praktikalnya Islam tak kira bila, di mana dan siapa.
  3. Islam bukan semata-mata agama seperti Kristian dan Yahudi. Bukan semata-mata tentang solat, puasa, dan buat baik pada manusia. Tapi dalam setiap inci kehidupan manusia mesti seorang muslim itu applikasikan.
  4. Tak mustahil bila seseorang itu ialah seorang imam yang selalu ke masjid, seorang pemain bola yang hebat, seorang pelajar yang dapat 'golden key', seorang yang pandai bercakap tentang agama, seorang yang mahir isu semasa, seorang yang hebat dalam mengurus, seorang pekerja yang menepati masa, dan seorang kawan yang baik.
  5. Ana memerlukan sahabat-sahabatku, namun sahabat-sahabat ana tak pernah perlukan ana.
Peraturan Tag:
  1. Setiap blogger mesti letakkan peraturan ini di hujung entri
  2. Blogger yang ditag perlu menjawab soalan-soalan yang dikemukakan
  3. Blogger yang ditag perlu meletakkan jawapan di dalam entri blog masing-masing
  4. Jangan lupa untuk tag rakan-rakan blogger yang lain
  5. Jangan lupa untuk maklumkan bahawa mereka telah ditag dan perlu membaca blog anda
  6. Blogger yang ditag dikehendaki untuk tag lima orang blogger yang lain
Dengan ini, ana mengetag:
  1. Rozanizam Zakaria - Fussilat
  2. Mohd Aznan bin Abdul Latif- Golden 3744
  3. Muhammad Faisal bin Kamarul Zaman - Catatan Seorang Pengemis
  4. Mohd Omar Mohd Mokhtar - Dagreatest_dignity
  5. Belia Cergas Auckland
Allahu a'lam

Monday, May 5, 2008

Rintihan [2]

















Selalu
Terlupa akan besarnya beban kehidupan

Hidup kini bukan hanya menunggu suap dan hidang ibunda
Bukan lagi merengek mengharapkan alat permainan baru
Bukan hanya datang dan pergi sekolah

Hidup kini
Lebih kompleks
Lebih menekan
Lebih mencabar
Mestilah, nama pun dewasa

Impian
Selalunya ingin gah
Harapan selalu ingin menggunung
Angan-angan selalu ingin yang sempurna



Tiada salah punya ingin
Tetapi silap dengan sekadar memukul angin

Bila inginkan yang 'di sana'
Maka usaha itu perlu
Bila inginkan 'di sini'
Yang sama juga perlu

Segalanya perlu setimpal
Layakkah mengharapkan yang besar, bila modalnya hanya sedikit?
Layakkah mengharapkan yang elok, sedang cagarannya buruk?


Tiada ketidakadilan dalam kehidupan
Cuma manusia yang tidak sedar bahawa dirinya dihiasi dengan kezaliman sendiri
Tak mungkin tiada keadilan
Kerana yang menjaga keadilan ialah Yang Maha Adil
Cuma kadang-kadang ia dibayangi dengan berlalunya masa
Buat baik, maka baiklah dapatnya
Buat buruk, maka buruklah dapatnya

Allahu a'lam..
Sedangkan aku insan yang tak tahu apa..