Puji-Pujian

إن الحمد لله نحمده ونستعينه ونستغفره، ونعوذ بالله من شرور أنفسنا، ومن سيئآت أعمالنا، من يهده الله فلا مضل له، ومن يضلل فلا هادي له، وأشهد أن لا إله إلا الله وحده لا شريك له وأشهد أن محمداً عبده ورسوله، صلى الله عليه وعلى آله وصحبه ومن تبعهم بإحسان إلى يوم الدي

Friday, October 21, 2011

HIMPUN 2011

Lagu tema HIMPUN 2011

Video Promo Himpun



Himpunan Sejuta Umat (HIMPUN) akan berlangsung hari ini di Stadium Shah Alam bermula jam 2 ptg. Bagi saya, ini adalah antara titik tolak terbesar dan terpenting dalam perkembangan agama Islam di Malaysia. Isu murtad seolah-olah bukan lagi isu yang getir di mata muslimin-muslimat Malaysia mutakhir ini. Siri-siri yang bukanlah lama sangat spt Aishah Bukhari, Lina Joy dan Natrah tidak begitu mendapat tempat di hati dan fikiran umat kini. Saya yakin ramai yang tahu, tapi sejauh mana kita peduli, dan sejauh mana kita melihat ia masalah kita, bukan masalah orang yang asing daripada kita. Kalau dibuat survey, rata-rata orang Islam pasti akan bersetuju ini adalah masalah umat Islam. Tapi, berapa ramai yang sanggup bangun, dan bersama-sama mencari jalan penyelesaian.

Kalau dahulu, bila orang-orang muda rosak akhlak, masyarakat kurang sensitif isu halal-haram, artis-artis tidak segan-silu memaparkan aurat, orang-orang Islam sendiri mempersoalkan hudud, kita akan dengan mudah 'justify' "takpe, asal aqidah masih Islam". Tapi dengan apa yang berlaku kini,apa alasan lagi kita nak bagi bila orang-orang Islam di Malaysia terang-terangan memilih untuk keluar dari agama ini?

Kenapa mereka memilih dari agama yang sempurna ini kepada agama yang mereka sendiri tak pasti dimana sempurnanya..
Memilih kegelapan dari cahaya..
Memilih duduk di dalam lumpur kotor dari tanah lapang yang bersih..

Adakah kerana tak sempurna agama ini? Tak relevan di zaman ini? Orang yang cukup ilmunya tentang akidah yang mulia ini pasti tahu jawapannya. Agama ini terlalu sempurna, terlalu relevan. Masalahnya adalah pada umat. Ramai dari kalangan umat di zaman ini yang tak merasai 'izzah' (kehebatan) agama ini. Dan dari kalangan yang sedar pula, tak ramai yang sanggup mengambil inisiatif, mengorbankan sedikit masa dan tenaga untuk menyebarkan rasa 'izzah' ini pada orang lain. Dan di kalangan orang yang berinisiatif ini, tak berapa ramai pula yang sanggup menambahkan pengorbanan menjelmakan 'izzah' ini dalam kerangka kehidupan manusia sehari-hari.

Sedar tak sedar, survival Islam di Malaysia berada di ambang krisis yang serius. Arus globalisasi dah terlalu dalam berakar umbi dalam kehidupan rakyat Malaysia. Ada yang positif dan negatif, tapi jelas sekali, yang negatif banyak memberi pengaruh besar dalam sistem kehidupan masyarakat secara umumnya. Arus humanisme, semakin hari semakin mendapat tempat di hati masyarakat. Aktivis-aktivis pejuang bangsa bukan Melayu, semakin lama semakin keras bersuara membangkitkan hak masing-masing tanpa mempedulikan hak Islam sebagai agama rasmi negara. Agen-agen kristianisasi, seolah-olah tiada segan-silu lagi melancarkan misi-misi menanam benih-benih keraguan umat pada akidah yang mulia ini. Tambah lagi dengan sikap ramai orang Islam yang acuh tak acuh dengan perkembangan ini.

Buat seketika, mari ketepikan perbezaan-perbezaan yang sebelum ini menghalang kesatuan ini. Ketepikan perbezaan kepartian, warna kulit, berahli di NGO yang mana, beza negeri, taraf sosial dan budaya, dan bersama-sama menyuarakan kesepakatan kita pada isu yang jauh lebih besar ini, melibatkan aqidah umat Islam di rantau ini. Moga dengan kesatuan ini akan menjadi titik tolak kepada masa depan yang lebih sempurna untuk umat di negara ini.