Di sini kuharapkan 'sentuhan' hidayahMu buat hari esok, Di sana kuharapkan 'senyuman' redhaMu kerna hari ini..
Puji-Pujian
إن الحمد لله نحمده ونستعينه ونستغفره، ونعوذ بالله من شرور أنفسنا، ومن سيئآت أعمالنا، من يهده الله فلا مضل له، ومن يضلل فلا هادي له، وأشهد أن لا إله إلا الله وحده لا شريك له وأشهد أن محمداً عبده ورسوله، صلى الله عليه وعلى آله وصحبه ومن تبعهم بإحسان إلى يوم الدي
Sunday, December 14, 2008
Nostalgia - Soutul Amal
KIsah persahabatan kita bersama
Di dalam satu pengajian
Menuntut ilmu dan pengalaman
Mengingatkanku pengorbananmu
Terpahat padu di kalbuku (2x)
Bersama rakan, taulan dan guru
Tawa riangmu menghiburkan hatiku
Indahnya suasana ketika itu
Terjalin ukhuwah sejati
Nasihatmu sungguh bermakna bagiku
Mengenalkanku erti kehidupan
Susah payah kita hadapi bersama
Itulah asam garam dalam kehidupan
Ya Tuhanku
Tabahkanlah hatinya
Kuatkan semangatnya utk menghadapi hidup
Limpahkanlah maghfirah dan kasih sayangmu
Agar hidupnya sejahtera didunia dan akhirat...
Sword of Deen [2]
Aku sebilah pedang
Namun tak bertuan, tak bermusuh
Tak kira tak peduli
Meluka membiar sekehendakku
Aku mencari-cari
Siapakah sang pahlawan buat diriku
Di mana kan kutemui?
Aku pernah bersama dengan beberapa pahlawan pedang
Ada yang hanya menyimpan aku di dalam sarung
Lalu aku bertanya
Adakah aku sebilah pedang yang diguna untuk mencantas musuh?
Atau aku sebatang besi buruk yang disimpan untuk direcycle?
Ada pula sang pahlawan
Yang suka mempamerkan kecantikan aku pada mata umum
Lalu aku bertanya
Adakah aku sebilah pedang yang diguna untuk mencantas musuh?
Atau aku sekeping emas yang kau guna untuk berhias?
Hunuslah aku
Cantas jiwa-jiwa yang degil
Tundukkan hati-hati yang lalai
Bersatu bersama sang pahlawan yang lain di medan juang
Wahai sang pahlawan
Simpanlah aku di waktu tenang
Tahanlah aku dari melukakan jiwa-jiwa yang bersih
Jaga aku supaya dapat terus terhunus
Sehingga matlamat agungmu tercapai
Kini
Aku berbangga dengan pahlawanku
Bermatlamat besar dan bercita-cita agung
Menghunus aku menghapuskan yang durjana
Menyimpan aku kerna bencikan permusuhan
Sword of Deen [1]
Dahulu
Aku hanyalah logam mentah yang tak cantik dan tak menarik
Hidup terasing
Di bawah dunia yang gelap
Bersama bumi yang kaku dan kotor
Selalu aku bertanya pada diri
Sampai selamanyakah aku begini?
Takdir yang tersurat
Memisahkan aku dari kehidupan yang silam
Digali dan diasing dari kotoran-kotoran bumi
Dicuci dari karat-karat yang teroksida
Ditempa dengan api yang hangat dan kadang-kala terlalu hangat
Dan air yang sejuk dan kadang-kala terlalu sejuk
Berhari, berminggu, berbulan, bertahun
Ah.. aku tak mampu menghitung masa lagi
Aku akui aku sangat keras dan liat
Sangat sukar untuk dibentuk
Kadang-kala dapat dibentuk
Tapi sang angin cepat saja mencemarkan permukaan tubuhku
Terpaksa si penempa menghakis karat-karat itu
Dan terus menempa
Ding.. ding.. ding...
Aduhai…
Tersentuh sekali aku dengan sang penempa
Tak pernah sekali bersungut
Tetap tekun menempa
Saat berganti minit, minit berganti jam, jam berganti hari, hari berganti bulan, bulan berganti tahun
Akhirnya aku menjadi sebilah pedang...
Saturday, May 24, 2008
Usrah Yang Lazat, Lemak Berkrim
Seronok baca jawapan-jawapan yang ditulis. Tetapi keseronokan tu tak bertahan lama. Pada akhir penulisan, hati tetiba rasa tak best bila sampai ke ayat 'Dengan ini ana mengetag:'. Perasaan ana ketika itu, dapat dilihat pada komen ana dalam blog FAF.
Dengan bismillah, ana memulakan penjawapan ini. Moga ramai yang boleh mengambil iktibar..
Ditag oleh: Fakhruddin Afif bin Fauzi
[1*] Berapa lama anda dah sertai usrah?
Usrah didefinasikan sebagai 'keluarga'. Sekiranya soalan ini bermaksud keluarga yang terikat atas dasar darah-daging, maka dari semenjak lahir lagi ana dah sertai.
Jika usrah ini bermaksud beberapa individu yang berkumpul secara berkala, berbincang perkara-perkara agama, dengan tujuan mengharapkan ampunan dan redha Allah atau hanya semata-mata wajib untuk pelajar form 1 ke form 4, maka ana dah mula sertai sejak mula bersekolah di SMS Kota Tinggi (SAKTI).
Jika usrah ini direflectkan pada individu-individu yang bersama, tak semestinya berkala, tapi sering, dan hati-hatinya terikat dengan ikatan akidah dan diperkuatkan dan diperindahkan lagi dengan tautan ukhwah, masing-masing dengan mengharapkan ampunan Allah dan perbaikan umat, maka ana mula mengenali dan menyertai sejak tahun pertama di Adelaide ni.
[2*] Bagaimana anda boleh sertai usrah?
Kes ana mudah je. Ana mengharapkan, dan ada orang mengajak. Kemudian sertai la, without any fuss.
[3*] Kenapa anda menyertai usrah?
Ia bermula dengan harapan mengenali lebih mendalam tentang agama. Kemudian bercambah kepada harapan redha dan cinta Allah. Perlahan-lahan diri ini mula belajar dan sedar bahawa tak mungkin ada kejayaan, tak mungkin ada pengharapan, dan tak mungkin tercapai syurga tanpa ada kehendak Allah. Maka, perasaan ini semakin-makin lagi mengharapkan sesuatu yang boleh menjadi sebab Allah menyayangi.
Ana kemudian belajar tentang betapa besarnya tanggungjawab dari Allah, dan betapa tingginya expectation Dia terhadap ana. Dia telah menurunkan Islam yang syumul dan bersih, dan menginginkan Islam yang didukung oleh ana juga syumul dan bersih. Kemudian Dia juga mahu Islam ini tidak ana miliki sorang-sorang, tapi kongsikanlah pada yang lain, seluruh alam. Ana berdoa dan merayu pada Dia supaya menunjukkan dan menetapkan ana pada jalan yang paling Dia redhai bila ana berada di situ. Dan kini, ana di sini..
[4*] Tiga perasaan anda setelah menyertai usrah
Perasaan ana sepanjang di dalam usrah selalu ada berbolak-balik (yelah, nama pon manusia). Hmm.. 3 yang paling obvious ialah yang berikut (kot):
- Seronok - dek pelajaran yang baru, ukhwah, dan perspektif yang baru
- Tertekan - bila ada masalah dengan pembahagian masa, dengan anak usrah, mahupun bapak usrah, dan kerja yang bertambah-tambah
- Syukur - kerana ana masih di sini
- Ana belajar tentang kepentingan ukhwah. Dulu ana rasa 'kenapa perlu ada ukhwah? kan cukup dengan akidah yakin pada Allah?'. Bacalah hadith-hadith nabi, betapa ukhwah dengan saudara seislam itu sungguh-sungguh penting.
- Islam yang syumul itu bukan mustahil. Jika semata-mata melihat keadaan dunia, pasti akan rasa tak mungkin Islam boleh ke mana-mana. Berada dalam usrah, ana belajar tentang sirah, betapa Islam pernah menguasai sebahagian besar dari permukaan bumi ini. Mendalami Islam, perlahan-lahan ana belajar betapa praktikalnya Islam tak kira bila, di mana dan siapa.
- Islam bukan semata-mata agama seperti Kristian dan Yahudi. Bukan semata-mata tentang solat, puasa, dan buat baik pada manusia. Tapi dalam setiap inci kehidupan manusia mesti seorang muslim itu applikasikan.
- Tak mustahil bila seseorang itu ialah seorang imam yang selalu ke masjid, seorang pemain bola yang hebat, seorang pelajar yang dapat 'golden key', seorang yang pandai bercakap tentang agama, seorang yang mahir isu semasa, seorang yang hebat dalam mengurus, seorang pekerja yang menepati masa, dan seorang kawan yang baik.
- Ana memerlukan sahabat-sahabatku, namun sahabat-sahabat ana tak pernah perlukan ana.
- Setiap blogger mesti letakkan peraturan ini di hujung entri
- Blogger yang ditag perlu menjawab soalan-soalan yang dikemukakan
- Blogger yang ditag perlu meletakkan jawapan di dalam entri blog masing-masing
- Jangan lupa untuk tag rakan-rakan blogger yang lain
- Jangan lupa untuk maklumkan bahawa mereka telah ditag dan perlu membaca blog anda
- Blogger yang ditag dikehendaki untuk tag lima orang blogger yang lain
- Rozanizam Zakaria - Fussilat
- Mohd Aznan bin Abdul Latif- Golden 3744
- Muhammad Faisal bin Kamarul Zaman - Catatan Seorang Pengemis
- Mohd Omar Mohd Mokhtar - Dagreatest_dignity
- Belia Cergas Auckland
Monday, May 5, 2008
Rintihan [2]
Selalu
Terlupa akan besarnya beban kehidupan
Hidup kini bukan hanya menunggu suap dan hidang ibunda
Bukan lagi merengek mengharapkan alat permainan baru
Bukan hanya datang dan pergi sekolah
Hidup kini
Lebih menekan
Lebih mencabar
Mestilah, nama pun dewasa
Impian
Selalunya ingin gah
Harapan selalu ingin menggunung
Angan-angan selalu ingin yang sempurna
Tetapi silap dengan sekadar memukul angin
Bila inginkan yang 'di sana'
Maka usaha itu perlu
Bila inginkan 'di sini'
Yang sama juga perlu
Segalanya perlu setimpal
Layakkah mengharapkan yang besar, bila modalnya hanya sedikit?
Layakkah mengharapkan yang elok, sedang cagarannya buruk?
Tiada ketidakadilan dalam kehidupan
Cuma manusia yang tidak sedar bahawa dirinya dihiasi dengan kezaliman sendiri
Tak mungkin tiada keadilan
Kerana yang menjaga keadilan ialah Yang Maha Adil
Cuma kadang-kadang ia dibayangi dengan berlalunya masa
Buat baik, maka baiklah dapatnya
Buat buruk, maka buruklah dapatnya
Allahu a'lam..
Sedangkan aku insan yang tak tahu apa..
