Puji-Pujian

إن الحمد لله نحمده ونستعينه ونستغفره، ونعوذ بالله من شرور أنفسنا، ومن سيئآت أعمالنا، من يهده الله فلا مضل له، ومن يضلل فلا هادي له، وأشهد أن لا إله إلا الله وحده لا شريك له وأشهد أن محمداً عبده ورسوله، صلى الله عليه وعلى آله وصحبه ومن تبعهم بإحسان إلى يوم الدي

Wednesday, March 19, 2008

Hakikat pada... benang?



Tengok benang-benang kat atas. Mari duduk sejenak, kerna aku mahu ajak merenung dan melihat kehidupan kita melalui benang ini. Eh.. aku tak merepek. Duduk je sebentar, dan dengarkan.. err.. bacakanlah.

Sekarang, kita tarik benang tu panjang-panjang. sepanjang yang boleh, menjadi garisan lurus. Tengok benang tu.. ape yang kamu nampak? Nampak benang la kan? Obviously kalau sekadar melihat dengan pandangan kosong.

Sekarang renung benang tu elok-elok, bayangkan benang tu seperti timeline kehidupan. Bukan sekadar kehidupan kita; bukan pula sekadar kehidupan makhluk manusia; bukan pula sekadar waktu alam ni terwujud; bahkan seluruh masa yang pernah ada. Sebelum manusia wujud lagi, telah ada pun alam ini, dan telah ada pun masa sebelum tu.

Sekarang ambil marker pen, dan calit satu titik pada benang tu. Umpamakan titik tu sebagai umur dunia ni. Semenjak dunia ni mula dicipta sampai tamatnya dunia ni.

Menggunakan kanta pembesar, fokus pada calit pen tu sampai calit pen tu memenuhi hampir sepenuh ruang pada kanta tu. Atas kanta tu, calit lagi marker pen. Umpamakan calit tu sebagai keseluruhan kehidupan manusia bermula Adam sampai la pupusnya manusia.

Sekarang ambil microscope pulak. Menggunakan segala kemahiran yang dipelajari dalam lab kimia semasa sekolah menengah, atau sekiranya anda student Chemical Engineering, Bioteknologi, medicine, atau seumpamanya, gunakan apa yg anda tau untuk memfokus calitan kat kanta tadi. Kalau anda berani, calit lagi sekali dengan dengan satu calit (kalau x, just imagine). Dan andaikan calit itu sebagai seluruh kehidupan anda di dunia.

Ok, siap eksperimen kita. So, sekarang kita nak buat analisis pulak pada eksperimen ni.

Antara analisis yang boleh dibuat ialah:
1. Beza antara calitan yang terakhir dengan sepanjang-panjang benang yang dibentang tadi sangat besar. Ratio calitan terakhir dengan panjang benang ialah approaching infinity! (or undefined ikut mazhab math mana yang korang ikut). Bertambah extreme lagi bila consider magnification kanta dengan mikroskop yang digunakan tadi.
Secara mudah, calitan terakhir menggambarkan kehidupan kita berbanding keseluruhan benang yang merangkumi semua kehidupan (alam roh, alam dunia, alam akhirat). Sangat jelas bahawa kehidupan dunia ni, yang ramai manusia rasa panjang sebenarnya sangatlah pendek!

2. Jika dihadirkan seluruh panjang benang ke dalam skop penglihatan mata, calitan terakhir yang terkecil tadi akan hilang! Tak nampak! Dalam kebanyakan kes fizik, atau kimia, ia di kelaskan sebagai 'negligible' atau in sensitive case dikelas sebagai menghampiri kosong.
Sedar tak, kehidupan seorang manusia di dunia itu berbanding dengan seluruh kehidupan yang ada, hampir saja dikatakan sebagai 'tiada'. Sesungguhnya kehidupan manusia itu panjang. Tapi portion yang didunia ini sangat sedikit.

3. Meskipun calitan kecil tadi sangat kecil, tapi calitan yang kecil itu tetap sebahagian daripada benang panjang tu. Tanpa bahagian-bahagian kecil dalam benang itu bersatu, tak mungkin benang yang panjang dapat terbentuk.
Kehidupan yang panjang ini terbentuk oleh individu-individu yang berkesinambungan. Meskipun seorang manusia itu lemah, namun seorang manusia itu tetap mempunyai kesan terhadap sepanjang sejarah manusia. Maka, usaha seorang manusia itu tak sepatutnya dipandang remeh. Kebaikan seorang manusia boleh memberi kebaikan kepada generasi seterusnya, dan begitu juga sebaliknya.

Secara kesimpulannya, hidden mesej yang boleh didapati didalam benang tadi adalah:
1. Kehidupan kita di dunia ni sangatlah pendek

'Allah berfirman: "Kamu tidak tinggal (di bumi) melainkan sebentar saja, kalau kamu sesungguhnya mengetahui"' (23:114)

'Pada hari mereka melihat hari berbangkit itu, mereka merasa seakan-akan tidak tinggal (di dunia) melainkan (sebentar saja) di waktu sore atau pagi hari' (79:46)

2. Sekiranya manusia sedar akan hakikat kehidupan ini, pasti manusia akan meninggalkan kepentingan dunia, dan mengejar kepentingan akhirat.

'Sedangkan kehidupan akhirat adalah lebih baik dan lebih kekal' (87:17)

3. Jangan pandang rendah pada kemampuan manusia. Meskipun secara azalinya lemah, tapi manusia telah secara rasminya dilantik sebagai pentadbir alam dunia. Setiap individu manusia mempunyai nilai di dunia ini. Keburukan seorang individu menambah burukkan dunia ini, dan kebaikan seorang individu itu menambah baikkan dunia ini. Untuk memakmurkan bumi Allah ini, maka setiap diri individu perlu dibangunkan, disedarkan, dan bekerja.

'Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para Malaikat: "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi..." (2:30)

Allahu a'lam..

3 comments:

Khairul Azmi said...

Assalamualaikum.

Bismillah.

Demi masa. Sesungguhnya, manusia dalam kerugian. Kecuali yang beriman dan yang beramal soleh dan berpesan pada kebenaran dan berpesan pada kesabaran. (Al-Asr;1-3)

Moga usaha kita memberi peringatan dalam apa-apa lapangan (penulisan, perngucapan awam, dll) diberi nilaian oleh Allah.

Selamat menulis. Moga kita sama-sama istiqamah.

Fias said...

Jazaka-Allahu khair. InsyaAllah, moga sama-sama kita tergolong dalam golongan yang Allah katakan sebagai 'yang terbaik di kalangan kamu'.

Anonymous said...

hakikat insan itu ada dua iaitu sebagai khalifah (paling tinggi di bumi) dan hamba (rendah di sisi Allah) cuma manusia kadangkala asyik dengan tanggungjawab khalifah hingga lupa hakikat dirinya sebagai hamba Allah